SALAM 2020πŸ’“

 SALAM 2020πŸ’“

 Assalamualaikum... selamat datang tahun 2020. Dah lama tak update blogger ni since 2014 last ada sentuh. Semenjak dah beranak-pinak πŸ˜… terasa kesibukan yang melampau-lampau. Paham-paham jelah seorang ibu beranak  tiga yang mempunyai kerjaya. Tak habis kerja di rumah hadap lagi kerja di ofis, tak habis kerja diofis hadap lagi kerja dirumah. Begitulah seterusnya kehidupan sis mas yang serba sederhana. 


Memandangkan tahun 2020 adalah tahun rahmat tahun rezeki buat keluarga kecil sis mas jadi dengan semangat yang membara sis mas ingin melebarkan sayap dalam team shaklee. Mana tahu satu hari nanti tercapai impian sis mas punya rumah yang besar punya harta yang cukup untuk keluarga sis mas. Supaya nanti anak-anak sis mas tidaklah merasa betapa lelahnya kekurangan yang sis mas rasakan selama ini.  Buat pembaca-pembaca blog harap anda dapat memberi sokongan buat sis mas untuk menghadapi dugaan-dugaan dalam menghasilkan *duit*. Siapalah yang tak sukakan duit kan.   lebih-lebih lagi macam sis mas yang berdiri rebah demi mencari sesuap rezeki semata-mata nak membesarkan zuriat sis mas yang comel-comel. Gegirl pulak tu tiga-tiga. 

 

Sekali lagi sis mas sampaikan salam selamat petang kepada semua. Insyaallah selepas ni sis mas akan selalu update dalam blog ni. 

 

Assalamualaikum


Ulasan